Tuesday 22 May 2012

GURU CEMERLANG ESEI 2


Usaha  anda bagi meningkatkan tahap professionalisme dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran yang dipohon .

      Profesion perguruan adalah antara beberapa pekerjaan yang sangat penting dalam proses pembangunan sumber manusia. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan semakin mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi selaras dengan aspirasi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010.( PIPP). Mengikut Kamus Dewan "Profesionalisme" bermaksud kemampuan, kemahiran dan keupayaan dalam melaksanakan sesuatu sebagaimana yang sewajar  dilakukan  oleh seseorang profesional.

 
       
Usaha Pertama ialah dengan mempelbagaikan strategi, teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas . Semasa Pengajaran dan pembelajaran guru perlu mempelbagaikan strategi ,  teknik dan kaedah supaya pelajar dapat memahami dan menguasai tajuk yang diajar. Guru perlu bijak membuat pemilihan strategik dan kaedah yang sesuai dengan tajuk dan kumpulan pelajar sebelum memulakan sesi pengajaran di kelas. Strategi yang sesuai dengan mata pelajaran Pendidikan kimia ialah Pembelajaran  konstruktif ,Pembelajaran secara kontekstual, Pembelajaran masteri, belajar cara belajar, Pembelajaran secara inkuiri, kolaboratif dan lain-lain lagi strategi yang sesuai. Kaedah eksperimental juga  merupakan kaedah yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. .

       Usaha yang Kedua ialah dengan menggunakan ICT secara berkesan.Sebagai guru Pendidikan kimia  kita perlu mengguasai dan menggunakan kemudahan ICT yang ada di sekolah dengan berkesan. Di dalam makmal saya akan  mengekses maklumat dengan menggunakan internet. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik jika  pelajar dapat membina sendiri maklumat dan ilmu pengetahuan melalui internet. Penggunaaan di makmal komputer seharusnya digalakkan dimana guru hanya bertindak sebagai fasalitator dengan memantau pelajar dan menerangkan beberapa maklumat yang tidak di fahami oleh pelajar sahaja.

     Usaha ketiga ialah dengan  penggunaan bahan bantu mengajar yang efektif . Saya perlu menggunakan bahan bantu mengajar dari pelbagai sumber seperti carta, laptop, CD ,lembaran kerja, modul latih tubi dan sebagainya setiap kali pengajaran di kelas. Bahan bantu mengajar ini membantu pelajar menguasai pelajaran dan mengelakkan pelajar dari mengantuk ketika di kelas. Keempat dengan mewujudkan iklim yang kondusif dalam kelas juga penting .Suasana kondusif di dalam kelas adalah antara faktor utama menarik minat pelajar terhadap pelajaran. Suasana yang kondusif bermaksud keadaan kelas yang selamat, bersih dan ceria. Sebelum memulakan kelas guru perlu memastikan kelas atau makmal berada dalam keadaan selamat bersih dan ceria.  Disamping itu juga guru perlu mewujudkan komunikasi yang berkesan seperti penyebaran maklumat dengan cepat, jelas dan mudah difahami oleh pelajar.

      Usaha kelima pula ialah dengan mewujudkan budaya ilmu dan berfikir. Ilmu adalah asas kecemerlangan bagi seorang guru. Justeru itu guru Pendidikan kimia perlu meningkatkan ilmu dari semasa sesuai dengan kehendak pelajar dan peredaran zaman dengan menguasi ilmu teknlogi terkini selaras dengan kehendak PIPP.  Peneroka ilmu pendidikan tekini melalui pembacaan, seminar menghadiri kuliah, kursus "in house traning" , Latihan Dalam Perkhidmatan dan lain-lain lagi.

      Penglibatan dalam kajian tindakan atau program  inovasi juga adalah usaha ke arah meningkatkan tahap profesionalisme .Inovasi diertikan sebagai penghasilan produk atau kaedah yang baru ke arah keberkesanan pelaksanaan kurikulum.  Konsep inovasi dalam meliputi aktiviti yang melibatkan pembaharuan dan perubahan yang positif dalam pelaksanaan kurikulum dan aktiviti kurikulum yang berkaitan dengan kurikulum di peringkat sekolah.  Pelaksanaan kurikulum merujuk kepada usaha melaksanakan kurikulum melalui bahan-bahan kurikulum, teknologi pendidikan, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penilaian pembelajaran.  Pembaharuan itu terjelma melalui cara, kaedah, teknik atau pendekatan baru yang meningkatkan pembelajaran.

     Guru Pendidikan kimia juga perlu mewujudkan perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam aktiviti  panitia melalui perbincangan , mesyuarat dan kerja kumpulan. Kesimpulannya ialah berdasarkan lima aspek yang disebutkan di atas tahap profesionalisme dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan kimia dapat ditingkatkan dan seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang dari akademik  , ko kurikulum dan sahsiah seterusnya kecemerlangan sekolah dapat diperolehi.



No comments:

Post a Comment