Tuesday 22 May 2012

GURU CEMERLANG ESEI


HARAPAN DAN WAWASAN ANDA SEBAGAI SEORANG GURU CEMERLANG

Dalam suasana yang gawat dan tidak pasti, Malaysia semestinya bergerak ke depan mengatasi pelbagai masalah, dan dalam masa yang sama Malaysia juga terpaksa sama-sama bersaing dalam dunia yang serba kompetetif. Salah satu “pra-syarat” menuju paradigma baru ini ialah pengisian wawasan pendidikan negara menuju abad 21. Ini merupakan sebagai suatu cabaran dan harapan ke arah pendidikan bertaraf dunia.Dr.Wan Shamsuddin Bin Wan Mamat (Disember 1998) Penyeliaan dan Kepimpinan Pendidikan.Universiti Putra Malaysia Terengganu. 

Guru kimia yang unggul adalah menjadi harapan dan wawasan saya sebagai seorang Guru Cemerlang. Menjadi seorang guru kimia sekolah yang berketerampilan dari segi jasmani , emosi , rohani dan intelek serta beretika dan bertauliah adalah menjadi matlamat saya sebagai guru kimia di sekolah . Saya juga menaruh harapan dan wawasan sebagai Guru Cemerlang akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa arus perubahan kepada pelajar-pelajar sekolah dan juga masyarakat sekolah amnya.

Tanggungjawab dan peranan ini akan saya pikul dengan rasa tanggungjawab dan amanah yang diberi dengan hati yang ikhlas dan niat yang murni untuk agama , bangsa dan  negara .Apabila saya bergelar Guru Cemerlang ianya akan menjadi satu suntikan semangat dan motivasi kepada diri saya untuk saya melipatgandakan usaha bagi membentuk modal insan dikalangan pelajar dan remaja yang cemerlang dan terbilang.Guru Cemerlang juga akan menjadi satu wadah perjuangan saya bagi memartabatkan khidmat guru bimbingan dan kaunseling di sekolah-sekolah.

Remaja dan pelajar-pelajar sekolah memerlukan perhatian yang khusus. Saya juga mengharapkan agar semua sekolah dapat mewujudkan suasana yang dapat kondusif bagi proses pengajaran dan pembelajaran . Keadaan dan situasi ini tidak tertumpu di dalam bilik darjah mahupun  makmal kimia .
Sehubungan dengan itu Guru Cemerlang merupakan satu suntikan serta memberikan satu lonjakan saujana kearah merealisasikan wawasan dan harapan mewujudkan pembelajaran dan pengajaran yang lebih berkesan. Harapan dan wawasan saya juga ingin melihat pada masa hadapan matapelajaran kimia meningkat GPS dan peratusannya dari masa ke semasa .Matapelajaran kimia merupakan satu bidang yang dapat memainkan peranan yang amat penting bagi menentukan hala tuju kerjaya pelajar ke arah sains dan berteknologi.

Peranan dan tanggungjawab sebagai guru kimia  perlu dipandang serius agar modal insan serta intan permata Negara dapat terus digilap kerana ianya merupakan elemen yang penting dalam usaha memastikan Negara Malaysia dapat terus bersaing  dan mempunyai daya tahan terutamanya dalam bidang sains dan teknologi diwaktu dunia yang semakin mencabar. Harapan sebagai guru cemerlang juga ialah saya dapat  mendidik anak bangsa yang mempunyai ciri-ciri yang kaya maklumat (termasuk sains dan teknologi),  kekuatan minda (kreatif dan proaktif) ,mempunyai nilai-nilai luhur dan murni (termasuk penyayang) ,semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, serta  berketrampilan   sepertimana yang telah digariskan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kita terhadap ciri-ciri generasi yang hendak dilahirkan untuk mewarisi alaf baru.


Mewujudkan konsep budaya cemerlang di segi akademik, pengurusan pentadbiran dan perhubungan sosial adalah amat penting dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia. Kecemerlangan akademik memerlukan kepada peningkatan secara berterusan bagi meningkatkan prestasi pelajar dan keperhatinan dan kerjasama ibubapa adalah penting dalam kegawatan dan ketidak pastian. Kecemerlangan dalam bidang pengurusan juga menentukan budaya cemerlangan. 

Saya juga menaruh harapan agar ramai saintis muda dapat dilahirkan sejajar era globalisasi. Guru yang cemerlang merupakan seorang guru yang sentiasa mempunyai wawasan dan matlamat diri yang  mulia iaitu ingin melihat kejayaan cemerlang dikalangan pelajar-pelajarnya iaitu cemerlang akademik , cemerlang kokurikulumnya, cemerlang akhlaknya dan cemerlang agamanya.

No comments:

Post a Comment